Thursday 31 October 2013

Finally!!!

Yes!
FINALLY.....

Ingat jugak email & password blog ni..
Adoiyai...Berkurun nak hengat daaaaaa....

Takpe,
aku maafkan otak yang dah berkarat ni....

Will update this site soon....
:)

Mood: Happy!

Thursday 30 May 2013

Yes!

I've said this before :

I'M LEAVING YOU

And now, it's change...I say :

MOVING ON
but this time
I'M LEAVING YOU

YES!!!
I'M LEAVING...

-inaj-

New Age...New Life...New Start...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...24 tahun aku diberi peluang untuk terus bernafas...
Berbeza rasanya mendapat peluang sebegini bila hati sudah sayang pada Pencipta...

Mei 2013,
Mungkin tidaklah banyak...
Tapi tak terlalu sedikit......
Kasih sayangku kini milik-Nya....
Terasa indah bila hati sudah mulai jatuh cinta pada-Nya...

Tiada lagi kesedihan...
Dia? Kini sudah menjadi sejarah...Pelajaran paling berharga...

Telah aku maafkan setiap apa yang kau lakukan,
Sedikit pun tak pernah aku menyimpan dendam,
Khuatir dendam memakan diri...
Cuma ku mohon,
Maafkan aku...Untuk segala yang telah berlaku...
Maafkan aku...Untuk setiap kesalahan dan kesakitan yang aku lakukan...
Walau apapun terjadi,kita tetap sahabat...

"Semoga berbahagia hendaknya dirimu dengan insan yang memiliki hatimu.."

Kini hidup lebih indah bersandarkan cinta-Nya...
Hidup lebih tenang bertemankan pencinta-Nya...
Moga dia tak pernah menyesal mengenaliku.
Moga dia tak pernah kecewa menjadi temanku,
Moga dia tak pernah berhenti membantu aku...

Terima Kasih Ya Allah...
Hadirnya Kasih-Mu menenangkanku...
Engkau hadirkan dia disaat aku benar-benar memerlukan...
Semoga dia tak pernah bosan mengajarku...
Untuk lebih menyayangi-Mu...
Untuk lebih mencintai-Mu...

Terima Kasih Ya Allah...

Alhamdulillah....



p/s: 
Aku melangkah dengan usia baru... 
Aku melangkah ke hidup baru...
Aku mulakan hidup baru...
Aku tak mintak dipermudahkan walaupun itu yang aku inginkan...
Tapi aku yakin apa yang Engkau berikan takkan melebihi kemampuanku...
Cuma aku mohon,
Berikan aku kesabaran serta kekuatan untuk menghadapi apa yang Engkau turunkan,
Agar tidak aku berputus asa untuk terus berjalan di atas jalan keredhaan-Mu...
Lindungilah aku dari kealpaan....kelalaian...

Ameen...

-inaj-







Sunday 16 September 2012

Alhamdulillah, syukur ...

Allahuakhbar!!!

Selama hari ini aku bersedih hingga tiada sedar masa berlalu..
Hanya sekali sekala aku tunduk menyembah Tuhanku tatkala aku benar-benar merasakan kesakitan yang tidak tertanggung...
Hanya kadang-kadang aku duduk menadah tangan memohon agar segalanya berakhir...
Dan hanya seketika aku memohon agar dipermudahkan setiap langkahku...

Indahnya cinta-Mu, Ya Allah!

Hari ini aku merasai nikmat cinta-Mu..
Hingga tak tertahan airmata ini..
Syukur pada-Mu yang tidak terhingga..

Terima Kasih Ya Allah,
Kerana kembalikan cahaya ketenangan dan kegembiraan dalam hidupku walaupun ianya perlahan...
Setidaknya aku mampu senyum semula...

Alhamdulillah....

--iznabilahaj--

Saturday 15 September 2012

Rahsiaku Kini Milikmu...

Ecewah, tajuk entry dah macam slogan produk Dato' Siti daaa...

Assalamualaikum,

So, how are you readers?
Kenapa slogan di atas terpilih menjadi tajuk entry kali ini?
*Aiseh dah  macam ayat karangan zaman sekolah pulak dah =.=" *

Entry kali ni nab taipkan untuk bacaan readers since dah ada yang tanyakan cara nab turunkan berat badan....
*Ekceli takde la gempak mana pun penurunan berat badan nab ni....Tapi Alhamdulillah la, masih turun jugak*

Its simple...
Ok, masa mula - mula nak amalkan sangat la susah sebab nab bukan jenis yang takde disiplin.Haip,bukan takde disiplin macam kat sekolah-sekolah tu, tapi disiplin mengamalkan tips-tips kurus ni.
Tapi peringatan ye, ini semua eksperimen kat atas diri nab sendiri dan tak semestinya yang sesuai dan baik untuk nab jugak baik untuk semua..
Yes, boleh cuba tapi jangan paksa diri ok :)

Bila nab start amalkan (secara serius ;P)?
 Ramadhan 2012

Berapa berat nab sebelum ni?
59kg

Berat nab sekarang?
54kg

Caranya?

1. HL Tea Mix
HL is Herbalife. Which at the first stage, nab memang tak layan benda - benda macam ni sebab nab tak yakin pun *cheh,belagaknya minah ni*
And then, ada sorang member nab ni kebetulan her sister member of Herbalife ni.. Then I decide to try it.
First trial, nab amik 2 main things sebab as their suggestions untuk kurangkan berat its important for me to take both of it which is Chocolate Shake & Tea Mix.
Tapi tau - tau la kalau dah pemalas tu memang sah la pemalas. Nab sangat malas nak buat shake so bila teringat je baru minum.  Tapi disebabkan sayang duit, nab habiskan jugak...But then nab realize Tea Mix tu yang banyak main peranan in my routine. So everyday nab layan tea mix. Sampaikan sanggup ni beli water dispenser yang ada air panas tu,letak kat bilik,,Every time rasa nak minum je nab bancuh.

FYI, nab bukan jenis yang suka minum air kosong tau. Tapi since dah suka sangat dengan kesan yang di bawa oleh si Tea Mix ni, ke kelas pun nab bawa..Hihihi..

Jadi, jom beli tea mix ni..Berbaloi... Kalau korang rajin,and nak rasa cepat turun berat, consume shake sekali okey ;)

2. Makan

Sesetengah orang kalau on diet, skip makan.
Tahukah anda? *hahaha,iklan tv*
Sebetulnya, kita tak boleh skip waktu makan.. Apa yang kita boleh buat?
Kita makan macam biasa tapi dalam kuantiti yang sikit.

Kalau macam nab, biasanya nab akan ambil nasi separuh atau suku je..
Sekarang, nab akan makan nasi 2 atau 3 kali seminggu..Hari lain-lain,nab akan makan benda lain yang sama berat dengan nasi..Kalau malas nak fikir,nab makan je nasi tak kira masa..Hahaha..Tapi awas,jangan over!

3. Air

Haaa...Mesti orang kata dah biasa dengar or baca kan?
Bukan nab nak suruh korang minum air putih tu...Tapi memang la ada betolnya minum air putih tu..Air tu boleh tolong cucikan dalaman-dalaman tu...Kalau tak nak minum tu, minum tea mix okey :)

Tapi kat sini nab bukan nak cakap sal air putih or tea tu...
Air berkarbonat. Ala yang dalam tin tu...
Kalau boleh, STOP minum tu sume...
Memang la ada masanya kalau kita pegi lepak dengan kawan - kawan kat McD ke,KFC ke Pizza ke, semua ni tak dapat nak elak..Orang kata tak sedap la makan benda - benda ni tanpa air tu..Hehehe....
Its ok,kalau sekali seminggu...

The truth, memang susah nak tinggalkan...Macam nab pun,kalau dah teringin sangat minum jugak..Sape tahan beb? Hahaha...

Tapi kesannya memang superb! Perut kempis wa cakap lu.....

*****

Ok, done dengan semua tips yang nab amalkan selama 2 bulan ni.. Masa raya baru ni berat nab naik semula ke 56 kg..Biasa la raya kan,semua kita nak bantai...Dah tu,kalau kat kampung nak bancuh-bancuh teh macam malas sebab 24 jam air dah tersedia...dengan Kola,Pepsi berbagai - bagai lah...

Lepas je raya, cepat - cepat minum HL tea mix semula. Alhamdulillah, dapat semula 54kg tu..


Memang 5 kg tu sikit tapi for me yang 
susah nak turunkan berat badan, 5 kg tu dah banyak... Dan 2 bulan untuk dapatkan pengurangan 5 kg tu pun sangat berbaloi.. Kata orang, nak turun kena slow - slow...Nanti senang nak maintain.


So,nab ada next target..Which is 45kg.. Berat ideal nab 48kg..Tapi nak turunkan sampai 45kg dalam tempoh 3 bulan ni...Maknanya ada 9 kg lagi... For now nab selit - selitkan sikit exercise for better life.. Kalau dah berjaya nanti,nab share lagi...

So, kepada yang bertanya harap - harapnya puas hati dengan jawapan nab ni ye..Semoga berjaya pada yang nak cuba.. :)


Majulah Sukan Untuk Negara...

Hehehe

"Move on & have a better life"

--iznabilahaj--