Allahuakhbar!!!
Selama hari ini aku bersedih hingga tiada sedar masa berlalu..
Hanya sekali sekala aku tunduk menyembah Tuhanku tatkala aku benar-benar merasakan kesakitan yang tidak tertanggung...
Hanya kadang-kadang aku duduk menadah tangan memohon agar segalanya berakhir...
Dan hanya seketika aku memohon agar dipermudahkan setiap langkahku...
Indahnya cinta-Mu, Ya Allah!
Hari ini aku merasai nikmat cinta-Mu..
Hingga tak tertahan airmata ini..
Syukur pada-Mu yang tidak terhingga..
Terima Kasih Ya Allah,
Kerana kembalikan cahaya ketenangan dan kegembiraan dalam hidupku walaupun ianya perlahan...
Setidaknya aku mampu senyum semula...
Alhamdulillah....
--iznabilahaj--
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts
Sunday, 16 September 2012
Friday, 14 September 2012
Saturday, 8 September 2012
Wednesday, 5 September 2012
If...
If you love someone, set them free. If the come back they're yours; if they don't they never were.
--Richard Bach--
Sunday, 2 September 2012
Kerana Terluka...
Assalamualaikum w.b.t...
Biarlah aku berterus terang tentang apa yang sedang aku alami...Tentang apa yang sedang aku hadapi...
Tapi setelah itu,aku mohon,tiada seorang pun yang bertanya tentang ini.
Perjalanan aku dan dia sudah lama terhenti.
Kenapa?
Mungkin tiada jodoh antara kami..
Kalau ada pun, mungkin belum masanya...
Maafkan aku sahabat,
Bukan niatku untuk terus berdiam...
Tapi aku cuba mencari kekuatan untuk menghadapi sendiri...
Kalian tahu bukan, betapa besarnya rasa sayang yang aku miliki buat dirinya?
Kalian sendiri menjadi saksi perjalanan yang pernah aku dan dia lalui...
Bohonglah aku kalau tidak kecewa,
Bohonglah aku kalau tidak terluka...
Aku juga manusia biasa,
Perempuan yang ada perasaan...
Tapi itu kuasa Tuhan, siapa aku untuk menidakkan?
Bukankah setiap yang kita lihat,kita sentuh,kita rasa itu milik-Nya?
Dan sudah tentulah cinta itu juga miliknya...
Dia berhak memberi mahupun mengambilnya semula...
Tatkala dia sudah berlalu menikmati keindahan yang dimilikinya,
Aku masih di sini, seolah tiada lagi cahaya yang indah yang melewati kamar kehidupanku...
Di kala dia senang tersenyum kerana memiliki segalanya,
Aku masih juga mencari sebab untuk terus tersenyum...
Aku tahu,hati kalian mungkin berkata aku terlalu bodoh untuk masih menyayangi dia...
Tapi percayalah...Berdirilah ditempatku,dan rasakanlah sendiri...
Kalau aku boleh menerima keadaan ini walaupun sangat menyakitkan,
Maka aku minta, biarkanlah ini...Jangan ada rasa benci buat diriku mahupun dirinya...
Aku mohon, kalau kalian menyayangi diri ini, maka jangan pernah bertanyakan aku tentang ini...
Cukuplah setakat ini...
Doakanlah aku agar terus kuat menghadapi kehilangan ini...
MSHM,
Tiada pernah aku berhenti berdoa untukmu,
Agar kau tiada pernah merasakan apa yang aku rasakan..
Siapa pun aku dihatimu kini,
Aku mohon agar diri ini takkan pernah kau lupakan...
Dirimu dihati takkan pernah berganti...
Aku telah usaha sedaya ku,
Untuk menjaga kasih ini...
Tapi kau tak pernah mahu mengerti,
Dan terus memilih jalan ini...
Semoga sentiasa Tuhan menjagamu,
Di mana pun kau berada...
Selain itu,
Tak perlu aku ungkapkan,
Kerna aku yakin,
Kau tahu apa yang selalu tersirat dihatiku untukmu....
-INA-
Monday, 13 August 2012
Hati,
Aku perlu melangkah ke hadapan...
Bukan untuk melupakan,
Apalagi meninggalkan...
Cuma aku perlu mencari keredhaan-Nya,
Berdoa agar kasih sayang yang ada buat si dia memperoleh restu-Nya...
Aku percaya,
Hanya bila aku menyayangi si dia kerana Allah,
Maka kasih sayang itu akan kekal...
Aku yakin,
Bila rindu yang hadir buatnya kerana kerana Allah,
Maka rindu itu akan bermakna...
Dan aku pasti,
Hanya bila cinta yang ada buat dirinya atas dasar kecintaanku terhadap Allah,
Maka cinta itu pastikan harum mewangi...
Langkah ini ku ambil bukan untuk menjauhi diri si dia...
Kerana aku tak pernah pasti siapa aku tanpa dia...
Kerana sendiri tak yakin untuk berjalan tanpa dia...
Aku sedar,
Jodoh dan ketentuan itu datang dari Allah.
Tapi aku mahu terus berusaha...
Tak mahu berputus asa,
Tak ingin berputus harap...
Untuk memperbaiki diri,
Juga hubungan ini...
*MSHM,*
Alhamdulillah, sehingga saat ini kasih dan sayang yang hadir buatmu tak pernah kurang.
Kesakitan yang datang tak pernah melunturkan rasa yang ada buat dirimu.
Airmata yang jatuh mengurangkan bebanan menanggung kerinduan...
Ikhlas,aku menyayangimu kerana dirimu...Bukan kerana apa kedudukanmu mahupun apa yang kau miliki.
Semoga satu masa nanti kau akan mengerti sebesar apa kasihku buatmu..Mungkin bukan sekarang,tapi suatu masa nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin...
--iznabilahaj--
Sunday, 12 August 2012
Wednesday, 25 July 2012
Sunday, 22 July 2012
Saturday, 21 July 2012
Saturday, 14 July 2012
Sunday, 24 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)