Monday, 13 August 2012

Hati,
Aku perlu melangkah ke hadapan...
Bukan untuk melupakan,
Apalagi meninggalkan...

Cuma aku perlu mencari keredhaan-Nya,
Berdoa agar kasih sayang yang ada buat si dia memperoleh restu-Nya...


Aku percaya,

Hanya bila aku menyayangi si dia kerana Allah,
Maka kasih sayang itu akan kekal...

Aku yakin,
Bila rindu yang hadir buatnya kerana kerana Allah,
Maka rindu itu akan bermakna...

Dan aku pasti,
Hanya bila cinta yang ada buat dirinya atas dasar kecintaanku terhadap Allah,
Maka cinta itu pastikan harum mewangi...

Langkah ini ku ambil bukan untuk menjauhi diri si dia...
Kerana aku tak pernah pasti siapa aku tanpa dia...
Kerana sendiri tak yakin untuk berjalan tanpa dia...



Aku sedar,
Jodoh dan ketentuan itu datang dari Allah.
Tapi aku mahu terus berusaha...
Tak mahu berputus asa, 
Tak ingin berputus harap...

Untuk memperbaiki diri,
Juga hubungan ini...

*MSHM,*
Alhamdulillah, sehingga saat ini kasih dan sayang yang hadir buatmu tak pernah kurang.
Kesakitan yang datang tak pernah melunturkan rasa yang ada buat dirimu.
Airmata yang jatuh mengurangkan bebanan menanggung kerinduan...
Ikhlas,aku menyayangimu kerana dirimu...Bukan kerana apa kedudukanmu mahupun apa yang kau miliki.
Semoga satu masa nanti kau akan mengerti sebesar apa kasihku buatmu..Mungkin bukan sekarang,tapi suatu masa nanti.

Amin Ya Rabbal Alamin...

--iznabilahaj--

No comments:

Post a Comment