Lain rasanya Ramadhan tahun ni.
Hati terlebih sayu dari biasanya.
Mungkin kerana sendirian...
Mungkin kerana ditinggalkan...
Mungkin kerana ujian...
Hati terasa rindu pada mama.
Enam tahun, sudah terlalu lama tidak bersama.
Rasa sayu bila terkenang.
Masih terkesan dihati pemergianmu.
Rindu pada yang jauh.
Bapa dan adik - adik.
Gelak ketawa lama tak kedengaran.
Terlalu lama kita terpisah.
Rindu pada si pemilik hati.
Dekat tetapi jauh.
Dia berubah tapi aku masih sama.
Masih menanti.
Menunggu sinar yang akan tiba.
Semoga ada bahagia buat kami.
Namun masih ada yang kurang.
Terasa ada kekosongan.
Kerinduan buat insan - insan ini,
Segala ujian bersendirian dan ditinggalkan,
Mengingatkan aku.
Yang semakin alpa pada kewajipan.
Jauh dari kebenaran.
Mungkinkah ini petanda bahawa aku yang terpilih?
Tertunduk aku sebentar bila berfikir,
Betapa sayangnya Pencipta Yang Satu ini kepadaku.
Padahal aku telah melupakan-Nya.
Meninggalkan segala suruhan-Nya.
Malu seketika bila mengenangkan...
Seorang sahabat pernah berkata kepadaku,
Allah itu Maha Pengampun,
Pintu taubat sentiasa terbuka bagi insan - insan yang mahu bertaubat,
Menginsafi kesalahan dan dosa,
Menyucikan hati dari kekotoran..
Maka bertaubatlah...
Menangis,
Aku takut Allah mengambil hak-Nya,
Tanpa sempat aku bertaubat.
Dosaku tak terhitung,
Walhal umur semakin meningkat,
Usia semakin singkat..
Alhamdulillah...
Terima kasih, Ya Allah...
Atas seruan yang Engkau turunkan buatku.
Semoga Ramadhan ini membawa seribu makna buatku.
Semoga kesakitan ini kan hilang,
Semoga bahagia akan hadir...
Bimbinglah hamba-Mu ini.
Moga tak pernah sesat di penghujungnya~
*Sayang, akan aku cuba untuk mencintaimu atas dasar cintaku pada-Nya...Moga kekal abadi selamanya*
--iznabilahaj--
No comments:
Post a Comment